Wednesday, December 15, 2010

PostHeaderIcon BURUK TAPI MENYUMBANG KEPADA KECANTIKAN


Setelah menikamati photoshoot yang agak lama.so terhenti sekejap penulisan blog. ini di se babkan terlalu banyak kerja yang pending. Hari ini cuaca agak baik..suam suam kuku kata orang (masa aku tulis ni dah tersengguk-sengguk dah). Ngantuk giler..tapi alhamdulillah apa yang di rancang setakat ini masih lagi berjalan dengan lancar...insyaallah hari Jumaat ini akan siap buku panduan bagi dewinangcinta team..
Monday, November 29, 2010

PostHeaderIcon MEREKA ANAK KITA SEMUA

Sempena pada kedatangan tahun baru 2011, saya akan memotretkan tema photography rekaan saya iaitu "MEREKA ANAK KITA SEMUA" sehingga menjelang Merdeka 2011. Tujuan pemotretan ini hanyalah sebagai satu tugasan portfolio saya bagi memotretkan wajah-wajah anak-anak kita yang bakal mewaris legasi negara kita pada masa akan datang.semoga usaha ini mendapat sokongan rakan-rakan sekalian.-Huzaimi Mat Zali

PostHeaderIcon PENJELAJAHAN SANG PEMOTRET TELAH BERMULA


Segalanya telah bermula dengan lancar sehingga sekarang..tak dapat ku memanjatkan kesyukuran di atas Kurnian Rezeki DariNya.Job wedding yang melambak..kadang-kadang merungsikan aku jugak, bukan apa ..takut tidak dapat commit dan tidak dapat menyerahkan sepenuh jiwa terhadap job-job sedia ada. Walaubagaimanapun dengan perancangan yang lebih rapi Insyaallah kerja kini lebih tersusun. Buat masa sekarang Pasukan DNC laskar cahaya masih berkurang di sebabkan Iwan sedang menunaikan Haji..insyaallah mulanya Januari tahun hadapan iaitu 2011, ke arah memantapkan apa yang sedia ada akan di lakukan..
Thursday, November 25, 2010

PostHeaderIcon SELAMAT PENGANTIN BARU RUZAINI DAN SUE




Kuala Kangsar, Perak. memang jauh tak di nafikan namun pengalaman yang kami dapat di sana amat lah bermakna sekali sebab ini pertama kali dapat melihat keunikan kenduri di sana.Bayang kan lah kalau kenduri kat sana masih menggunakan cara-cara lama sampai kelapa pun pakai kukur..kalau aku lah yang dia suruh kukur aku rasa sebijik kelapa jer dah pengsan.hehe. di KK yang aku tau keunikan masakan dia masa kenduri adalah Rendang Tok (tak taulah kenapa panggil rendang Tok sebab ada elemen ketuk atau turun temurun dari Tok)..rasanya..huuuuu macam nak pergi lagi je..memang sedap bayangkanlah untuk hasilkan rendang tok yang asli ..semua yang digunakan mestilah dengan kaedah lama, maksudnya kalau cili or lada kena tumbuk .tak pakai mesin mesin ni..kalau nak santan kena kukur..boleh kata nak buat tu kederat kena kuat. Pekan Kuala Kangsar memang unik memang cantik untuk buat outdoor di sana..tapi di sebabkan masa yang agak suntuk cuma dapat buat di beberapa tempat jer.Apa apa pun tahniah kepada Awe dan Sue semoga perkahwinan anda di berkati sehingga ke akhir hayat.

PostHeaderIcon MUNGKINKAH NANTI..


Apa yang boleh aku katakan aku bersyukur sangat dengan kurniaan rezeki yang Allah S.W.T telah berikan kepadaku. Perjalanan sebagai seorang photographer Freelance memang agak berliku-liku tetapi itulah cabaran yang mesti di hadapi. Dewinangcinta semakin mendapat tempat di hati umum, meskipun baru sahaja menempah nama namun aku boleh katakan progress yang di lalui amat cepat..cuma yang aku risau ..perkataan " tersungkur".yup..aku lebih suka slow tapi steady. Aku tahu mungkin ada sesetengah orang yang mencemuh..tak kurang juga yang mengatakan kitorang masih mentah namun dah di tentukan bahawa rezeki yang di miliki itu milik kami. Kami tak pernah tutup periuk nasi atau memburukkan sesiapa.apa yang kami tau ..setiap yang kami lakukan telah di rancang dengan teliti tanpa meninggalkan kesan buruk untuk sesiapa. Aku sebagai salah seorang photographer yang paling merisaukan aku adalah hasil produk.kerana final touch produk yang akan membezakan setiap orang namun semua itu telah di masukkan ke dalam list aku utk pembukaan 2011 nanti..kepada kengkawan insyaallah anda akan puas hati.dan kami akan cuba berikan yang terbaik untuk anda.
Tuesday, September 07, 2010

PostHeaderIcon Go Tiger!

Go Tiger!

PostHeaderIcon Pak Beca

Becak

PostHeaderIcon I Love Melaka

I Love Melaka

PostHeaderIcon Statue Of Undecided

Statue Of No Hand
Tuesday, June 15, 2010

PostHeaderIcon Selamat Pengantin Baru Ziela & Wan



Friday, April 30, 2010

PostHeaderIcon Learn to Fly

learntofly

Kadang-kadang untuk terbang memerlukan kita jatuh dulu sebelum boleh mengawal diri untuk tidak jatuh bagi kesekian kalinya.

PostHeaderIcon Wild Life Photography

imnotsingles

potretofmesolitik


whycanwebeasone
Wednesday, April 21, 2010

PostHeaderIcon Marziah&Khaliq Sticky Albums

Marziah&Khaliq Enggagement Sticky Albums

Fuh..lama jugak aku ni offline kat blog ni.kejap on kejap off..kerja gila adhoc.macam-macam sampai takde masa nak hang out ngan kengkawan (sebenarnya fulus takde)..haha..anyway thanks to Marziah sebab percaya kat aku untuk ambik gambar dia bertunang hari tu. so any complain ..tepon la ye..haha. untuk akan datang ada satu job lagi di Temerloh, Pahang dan Felda Jelai insyaallah kalau diorang tak tukar tukang ambik gambar dia last-last minit.sure ramai tanya .tak ambik deposit ke..tak la..sebab kebanyakannya kawan-kawan..aku percaya diorang as diorang percaya aku sebagai kawan..jgn macam ada kawan tu..bila susah..himpit tak hingat..baik.mintak tolong .kita tolong dengan ikhlas..tapi bila dah senang (tak senang pun..harapkan orang lain gak tolong) lupa ..buang macam orang buang bayi skg nih..he.he tapi takpe la..bila tengok balik history diorang..tak berjaya pun (dengan usaha sendiri)..tuhan tu maha adil..kalau di beri kesenangan syukur..tapi bila di beri kesusahan.kena la beringat.jgn keep blamming orang lain..tapi diri sendiri tak pernah nak lihat.so anyway aku still macam ni.at least i'm not one of the parasite..still keep move on.and become better then before..so for those whom i concerned please tak care of yourself..coz i dont give a damn shit about what happened to yourself..chow..
Wednesday, February 24, 2010

PostHeaderIcon Life

Ida Yaman Bertunang

hmm, lama jugak terhenti update blog ni. Bulan ni sehingga bulan 6 sibuk sangat dengan pelbagai freelance job terutamanya photography. suka sangatt.. dan banyak benda yang aku kena improve. Yup at least aku masih admit yang aku masih kurang lagi bagus dalam bidang ni dan aku tau aku kena banyak lagi berusaha untuk peningkatan diri aku. The best part is now i'm working alone. Bukan apa just kebelakangan ni wonder lepas issue yg terjadi kt kampung aku kawan kawan semua hilang. Disebabkan aku tak nak ivolved dalam mana-mana pihak terus kena dump macam tu je.yang tak sangka tu kawan yang aku sangka baik dulu..tak sangka zaman sekarang ni friendship harus kena label. tapi aku tak kisah la.if u wanna go..so proceed. dengarla apa orang nak cakap..sebab yang penting im not easy to buy. Yang penting kita tau nak bezakan yang mana baik yang mana buruk and at least i'm not ego. Fikir jangka masa panjang..dalam kehidupan ni kita akan saling bergantung antara satu sama lain, so if u start labelling people, one day people will start labelling u pulak. Hari tu ada sorang kawan hantar sms " mie, walaupun ko tak join belia 4b , kita masih kawan.." (and so on ayat dia). so aku balas la ..aku takde apa-apa ..then ajak minum. tetiba dapat satu sms lagi " hari tu aku kena ugut dengan...tut..and so on (dah nak masuk bab citer lama). So aku balas " aku tak pihak mana mana". then (dah masuk politik ..cakap ada cita cita la..itu la ini la .) bunyi macam marah.. Eh .aku ada salah cakap ke..aku hantar message pun 3 kerat je..tak mention apa apa pun tetiba je..ni apa nih. So aku call nak ajak minum. 1, 2, 3, 4, 5 kali call dia cancel call..eh ini makin kritikal..balik rumah aku try call dan message dia yang aku call bukan nak citer pasal politik..aku ajak minum je.. pun dia cancel.lepas tu terus senyap. Hmm so aku wonder message yang pertama tadi mention pasal kawan. ini lah dia..aku rasa ini memang penyakit orang melayu (sorry bukan nak kutuk bangsa .tapi fact!) nak masuk bidang profesional tapi diri tak profesional, nak jadi pemimpin tapi diri tak dipimpin lagi, ada cita-cita tapi tak tau cara macam mana yang terbaik nak pergi ke situ, nak menegur tapi tak leh terima teguran. Kawan bila ada maunya, buang bila dah tak penting senang cakap hipokrit. so kepada kawan yang dituju. aku tau korang ada cita-cita. tapi lihat balik ke akar.korang pegang jawatan tu utk apa?.untuk membantu belia kita atau pun saje-saje suka.so kalau korang nak bantu.mana pendekatan korang buat..tak join belia bukan maksud bermusuhan dari segi friendship .it just politic beb!. be profesional la harap korang berfikir dengan lebih terbuka lagi.
Monday, February 08, 2010

PostHeaderIcon Contoh Custom Album Ina -Majlis Potong Jambul


Sabtu, 6 Februari 2010, Majlis Potong Jambul di adakan khas untuk putera tercinta iaitu Safiy Wazien oleh Zarina dan Suami. Ina request untuk buat custom album so ini adalah sneak preview khas untuknya.Tungguuuuuu....kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan photography khas dari saya sila call 019 3159 777.
Monday, February 01, 2010

PostHeaderIcon Lebih baik lagi bersendiri..

Tetra was alone
Entah kenapa aku rasa kecewa yang teramat sangat akan kejadian yang berlaku di Kampung aku baru-baru ini. Tak sangka bukan begitu mudah untuk menyatukan sesebuah masyarakat itu. Selagi mereka masih bersikap meninggi diri, ego dengan diri masing-masing selagi tu mereka takkan berubah, inikan lagi untuk mengubah sesebuah kampung itu. Tak pernah kah mereka berfikir untuk belajar selain mengajar? tunjukkan melalui teladan bukannya sikap menunding jari antara satu sama lain. Pernahkah mereka sendiri bertanya pada diri sendiri..Apakah sumbangan mereka secara peribadi terhadap diri sendiri?.jgn kan pada Kampung..kalau diri sendiri tidak boleh menanam budi. Sebelum menunding jari kepada orang lain pernahkah kita melihat ke atas diri kita ..tentang kekurangan kita.dan kenapa kita di turunkan ujian oleh Allah SWT sebegini rupa?.Macam mana nak naikkan anak bangsa kalau diri sendiri masih keliru mencari titik permulaan untuk mengubah hidup kepada sesuatu yang lebih baik. Untuk apa buat sesuatu yang baik tapi sebenarnya hanya topeng untuk memalukan sesuatu pihak. Aku kurang setuju secara peribadi di atas pertubuhan dua persatuan yang dimana sebenarnya diadakan untuk bersatu tapi dipesong oleh sesetengah pihak bagi tujuan melahirkan laskar-laskar kecil yang boleh menyambung legasi keparat dahulu yang sedia ada. Wahai anak bangsaku lihat la sekeliling kita.dikala bangsa lain sedang giat berusaha untuk menjadi lebih baik kita masih duduk dibawah bertarik rambut antara satu sama lain sambil bising melaungkan impian-impian kosong yang masih tak ada titik permulaan pun. Begitu susah kah untuk duduk antara satu sama lain dimana sama-sama meletakkan kepentingan peribadi ketepi sambil membincangkan sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat bagi kedua-dua belah pihak. Begitu susahkan untuk berbaik-baik dengan sedara sesama islam yang hanya dipisahkan oleh fahaman peribadi yang berbeza. Aku dah cuba menerangkan jalan yang sebenarnya kalian patut ikut tapi korang tidak setuju. Aku bukan pemimpin agung kerana aku tiada kuncu-kuncu untuk dijadikan modal bagi keperkasaan aku.aku cuma ada diri aku yang mana masih tau membedakan yang mana buruk dan yang mana baik bagi mengisi sebuah cerita yang bakal ku kongsi bagi yang ingin belajar. Hidup kita singkat, dalam kita melalui titik-titik sebuah kehidupan pasti kesilapan akan berlaku selagi mana kita dinamakan manusia. tapi tuhan kurniakan akal yang baik dan sempurna untuk kita belajar dari kesilapan yang di lakukan. Aku berdoa agar hati mereka di bukakan. Lupakan persengketaan dulu dan belajar untuk menjadi insan yang lebih cemerlang. Apa yang aku tau, lebih baik aku bersendiri, daripada melayari bahtera bersama nakhoda-nakhoda ego yang tak tau ke mana haluan sebenar pelayaran mereka kerana diakhir pelayaran mereka, aku pasti akhirnya mereka hanya akan selamatkan diri mereka sendiri bukannya kelasi-kelasi yang membantu pelayaran mereka.

Penceritaan diatas bukanlah bermaksud untuk menentang penubuhan mereka tapi objektif mereka yang aku rasa tidak selari dengan objektif asal yang sepatutnya dilakukan. Penyakit ini memang sebenarnya belaku di kampung aku dimana belia-belia telah mula bangkit dan persatuan MAYC dan Belia 4b telah bangun dari tidur mereka selama ini..tapi yang menjadi permasalahannya adalah campurtangan dan pandamonik lama yang masih mempengaruhi minda mereka dan ini menjadikan akhirnya mereka dijangkiti penyakit yang sama What to say..tengok je lah

Monday, January 18, 2010

PostHeaderIcon Ada Cerita Tentang Dia..

Something To Remember

Hidup..kadangkala tak semuanya indah tapi inilah erti sebuah kehidupan. Sentiasa melalui kenangan suka dan duka, adakalanya kita gembira dengan apa yang kita ada kadangkala kita mengeluh dengan apa yang terjadi. Tapi inilah realiti yang kita terpaksa lalui setiap hari selagi kita mengharungi sebuah cerita dalam kehidupan. Tatkala ini sering terfikir pada chapter manakah kehidupan ku ini akan berhenti. Ku mengharapkan semuanya adalah yang terbaik dari Allah SWT.
Friday, January 15, 2010

PostHeaderIcon Shoot For The Commercials

aneng goes for commercial

Go Tiger!

Aneng Commercial Shot

Shh! jangan bagitau orang aku dah beli flash ..hehe .giler la thanks to Imran sebab tolong carikan. Lama dah aku impikan untuk beli flash, even bukan la Canon nyer brand tapi at least third party nyer product ni dia nyer performance sama macam model Canon yang seangkatan dengannya. Opps lupalak nak bagitau apa brand dia ..ala Nissin Di622.tak kisah la sesapa nak kata apa pun kat aku lepas ni yang penting aku beli pun ikut keadaan poket aku .lagi pun sebab dapat job dalam bulan Feb sampai Mac, bagi aku apa yang penting orang yang di belakang kamera..kalau terrer macam mana pun pakai compaq pun leh cantik..haha.