SELAMAT DATANG

Aku seorang yang easy going namun sedikit tegas dalam melaksanakan kegemaran aku, selalunya menulis adalah perkara yang paling aku tak suka. tetapi untuk kali ini aku nak tulis jugak tak kira..kepada yang suka baca.nasib ngkorang la..so selamat membaca

About Me

My Photo
HUZAIMI MAT ZALI
View my complete profile
Wednesday, October 28, 2009

PostHeaderIcon Hanging By A Moment

Hanging For a While.

Alangkah indah menjadi seperti burung, bebas terbang ke sana sini tak perlu pening-pening fikir tentang duit minyak, tol, maintenance kereta dan macam macam lagi yang memeningkan kepala aku di ketika ini. Nak tunggu gaji, lama lagi ni. ish.rasa macam nak buat part time je tapi kat mana yer? kalau dulu kat KL boleh jugak kalau nak mencelah-celah kerja mana-mana.tapi ini aku dah duduk kat Kampung ..so memang berharap kepada freelance je la..tu pun pening jugak..banyak dah terkena nak charge ikut harga semasa diorang kata mahal..dah bagi murah ..diorang nak lagi murah..senang cerita kalau nak ambik tak nak ambik sudah..kebetulan aku dengar bunyi tembakan tak jauh dari rumah aku..confirm orang majlis daerah aku tengah operasi menembak gagak..ermmm..payah jugak jadi burung.he.he
Wednesday, October 21, 2009

PostHeaderIcon Under The Shelter

Under The Tree

Penat balik dari Penang tempoh hari masih lagi belum surut, giler letih beb!, assistent yang konon-kononnya jadi co pilot semuanya dah pengsan dulu.yang beshnya semua dah pengsan start keluar dari Simpang Empat, Tampin. cheh!..so terpaksalah aku kemudi sorang sorang.Aku sampai tepat jam 1.30 pagi.ngantuknya hanya tuhan je yang tahu. apa apa hal pun aku kena prepare untuk pagi nanti..confirm ramai yang suruh aku jadi pemandu pelancong.yelah mentang mentang la aku belajar kat Penang dulu. drive lagi..ish ish ish...
Tuesday, October 06, 2009

PostHeaderIcon Share Tradition




Kagum tapi bodoh, itulah gambaran aku pada protester-protester di Indonesia yang terlalu taksub sangat dengan isu tarian Pendet yang kononnya telah dicuri oleh Malaysia. Tapi dalam kebodohan itu aku kagum dengan mereka kerana mereka sanggup mempertahankan seni tradisi mereka dari di gunakan oleh orang lain (orang lain? bukankah kita satu rumpun?). Samada isu ini hanya digunakan untuk melempiaskan marah mereka pada orang Malaysia ataupun sememangnya mereka memang jenis yang protective terhadap seni budaya mereka, itu terpulang..tapi agak menyedihkan kerana semata isu-isu ini mereka sanggup merosakkan rumpun yang telah terbina sejak sekian lama.
Baru-baru ini aku telah diajak oleh Eamy untuk menjadi sesionis gitaris bagi kumpulan Caklempong di Gemencheh. macam tak caya je..tapi yang paling aku berminat sekali sebab kali ini Caklempong diorang telah digabungkan dengan elemen-elemen moden.macam mana tu? tunggu..ha.ha
Sunday, October 04, 2009

PostHeaderIcon Batrisya Buat Hal Lagi!!

Whuts Up

Saje je kasi gempak..mesti bosan kan asyik gambar anak buah aku je.biasalah model tak berbayar..kat mana lagi tak dapat.kalau dari anak buah aku dan isteri aku..haha..kalau korang bosan hehe aku pun bosan gak.tapi bila aku check check balik.rupanya banyak gambar si budak ni yang aku suka sangat.mana tak nya muka dia penuh dengan helah.tu yang aku geram ini adalah salah satu foto faveret aku .bila aku tengok gambar dia .tergelak aku sorang sorang..lepas tension aku..hmm.. lepas ni aku nak posting group yang aku main caklempong tu..hehe

PostHeaderIcon At The Sea Shore


At The Sea Shore
Originally uploaded by SnapFrog
Kadang-kadang aku tak faham dengan diri aku ini sendiri.Ada benda saje je aku buat untuk jadikan ia lebih complicated. kenape yer?.Baru-baru ni aku di jemput untuk bermain caklempong di pekan di tempat aku bermastautin ini.wah! peluang.aku bukan di offer untuk bermain caklempong tapi main gitar sebagai iringan bagi kugiran tersebut.Dijadualkan kami akan ada persembahan di Bank Rakyat (cawangan Bahau) sempena dengan jamuan raya.Hmm..boleh ke aku ni,pegang gitar pun terkial-kial sikit tapi kalau selagi kita tak cuba kita takkan tahu ye tak..tapi ntah kenapa hari ini moral aku down sikit..ada sedikit perasaan gementar yang boleh membuatkan aku menarik diri..Hmm...mana boleh...Kena tahan.,bro!