SELAMAT DATANG

Aku seorang yang easy going namun sedikit tegas dalam melaksanakan kegemaran aku, selalunya menulis adalah perkara yang paling aku tak suka. tetapi untuk kali ini aku nak tulis jugak tak kira..kepada yang suka baca.nasib ngkorang la..so selamat membaca

About Me

My Photo
HUZAIMI MAT ZALI
View my complete profile
Wednesday, February 24, 2010

PostHeaderIcon Life

Ida Yaman Bertunang

hmm, lama jugak terhenti update blog ni. Bulan ni sehingga bulan 6 sibuk sangat dengan pelbagai freelance job terutamanya photography. suka sangatt.. dan banyak benda yang aku kena improve. Yup at least aku masih admit yang aku masih kurang lagi bagus dalam bidang ni dan aku tau aku kena banyak lagi berusaha untuk peningkatan diri aku. The best part is now i'm working alone. Bukan apa just kebelakangan ni wonder lepas issue yg terjadi kt kampung aku kawan kawan semua hilang. Disebabkan aku tak nak ivolved dalam mana-mana pihak terus kena dump macam tu je.yang tak sangka tu kawan yang aku sangka baik dulu..tak sangka zaman sekarang ni friendship harus kena label. tapi aku tak kisah la.if u wanna go..so proceed. dengarla apa orang nak cakap..sebab yang penting im not easy to buy. Yang penting kita tau nak bezakan yang mana baik yang mana buruk and at least i'm not ego. Fikir jangka masa panjang..dalam kehidupan ni kita akan saling bergantung antara satu sama lain, so if u start labelling people, one day people will start labelling u pulak. Hari tu ada sorang kawan hantar sms " mie, walaupun ko tak join belia 4b , kita masih kawan.." (and so on ayat dia). so aku balas la ..aku takde apa-apa ..then ajak minum. tetiba dapat satu sms lagi " hari tu aku kena ugut dengan...tut..and so on (dah nak masuk bab citer lama). So aku balas " aku tak pihak mana mana". then (dah masuk politik ..cakap ada cita cita la..itu la ini la .) bunyi macam marah.. Eh .aku ada salah cakap ke..aku hantar message pun 3 kerat je..tak mention apa apa pun tetiba je..ni apa nih. So aku call nak ajak minum. 1, 2, 3, 4, 5 kali call dia cancel call..eh ini makin kritikal..balik rumah aku try call dan message dia yang aku call bukan nak citer pasal politik..aku ajak minum je.. pun dia cancel.lepas tu terus senyap. Hmm so aku wonder message yang pertama tadi mention pasal kawan. ini lah dia..aku rasa ini memang penyakit orang melayu (sorry bukan nak kutuk bangsa .tapi fact!) nak masuk bidang profesional tapi diri tak profesional, nak jadi pemimpin tapi diri tak dipimpin lagi, ada cita-cita tapi tak tau cara macam mana yang terbaik nak pergi ke situ, nak menegur tapi tak leh terima teguran. Kawan bila ada maunya, buang bila dah tak penting senang cakap hipokrit. so kepada kawan yang dituju. aku tau korang ada cita-cita. tapi lihat balik ke akar.korang pegang jawatan tu utk apa?.untuk membantu belia kita atau pun saje-saje suka.so kalau korang nak bantu.mana pendekatan korang buat..tak join belia bukan maksud bermusuhan dari segi friendship .it just politic beb!. be profesional la harap korang berfikir dengan lebih terbuka lagi.
Monday, February 08, 2010

PostHeaderIcon Contoh Custom Album Ina -Majlis Potong Jambul


Sabtu, 6 Februari 2010, Majlis Potong Jambul di adakan khas untuk putera tercinta iaitu Safiy Wazien oleh Zarina dan Suami. Ina request untuk buat custom album so ini adalah sneak preview khas untuknya.Tungguuuuuu....kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan photography khas dari saya sila call 019 3159 777.
Monday, February 01, 2010

PostHeaderIcon Lebih baik lagi bersendiri..

Tetra was alone
Entah kenapa aku rasa kecewa yang teramat sangat akan kejadian yang berlaku di Kampung aku baru-baru ini. Tak sangka bukan begitu mudah untuk menyatukan sesebuah masyarakat itu. Selagi mereka masih bersikap meninggi diri, ego dengan diri masing-masing selagi tu mereka takkan berubah, inikan lagi untuk mengubah sesebuah kampung itu. Tak pernah kah mereka berfikir untuk belajar selain mengajar? tunjukkan melalui teladan bukannya sikap menunding jari antara satu sama lain. Pernahkah mereka sendiri bertanya pada diri sendiri..Apakah sumbangan mereka secara peribadi terhadap diri sendiri?.jgn kan pada Kampung..kalau diri sendiri tidak boleh menanam budi. Sebelum menunding jari kepada orang lain pernahkah kita melihat ke atas diri kita ..tentang kekurangan kita.dan kenapa kita di turunkan ujian oleh Allah SWT sebegini rupa?.Macam mana nak naikkan anak bangsa kalau diri sendiri masih keliru mencari titik permulaan untuk mengubah hidup kepada sesuatu yang lebih baik. Untuk apa buat sesuatu yang baik tapi sebenarnya hanya topeng untuk memalukan sesuatu pihak. Aku kurang setuju secara peribadi di atas pertubuhan dua persatuan yang dimana sebenarnya diadakan untuk bersatu tapi dipesong oleh sesetengah pihak bagi tujuan melahirkan laskar-laskar kecil yang boleh menyambung legasi keparat dahulu yang sedia ada. Wahai anak bangsaku lihat la sekeliling kita.dikala bangsa lain sedang giat berusaha untuk menjadi lebih baik kita masih duduk dibawah bertarik rambut antara satu sama lain sambil bising melaungkan impian-impian kosong yang masih tak ada titik permulaan pun. Begitu susah kah untuk duduk antara satu sama lain dimana sama-sama meletakkan kepentingan peribadi ketepi sambil membincangkan sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat bagi kedua-dua belah pihak. Begitu susahkan untuk berbaik-baik dengan sedara sesama islam yang hanya dipisahkan oleh fahaman peribadi yang berbeza. Aku dah cuba menerangkan jalan yang sebenarnya kalian patut ikut tapi korang tidak setuju. Aku bukan pemimpin agung kerana aku tiada kuncu-kuncu untuk dijadikan modal bagi keperkasaan aku.aku cuma ada diri aku yang mana masih tau membedakan yang mana buruk dan yang mana baik bagi mengisi sebuah cerita yang bakal ku kongsi bagi yang ingin belajar. Hidup kita singkat, dalam kita melalui titik-titik sebuah kehidupan pasti kesilapan akan berlaku selagi mana kita dinamakan manusia. tapi tuhan kurniakan akal yang baik dan sempurna untuk kita belajar dari kesilapan yang di lakukan. Aku berdoa agar hati mereka di bukakan. Lupakan persengketaan dulu dan belajar untuk menjadi insan yang lebih cemerlang. Apa yang aku tau, lebih baik aku bersendiri, daripada melayari bahtera bersama nakhoda-nakhoda ego yang tak tau ke mana haluan sebenar pelayaran mereka kerana diakhir pelayaran mereka, aku pasti akhirnya mereka hanya akan selamatkan diri mereka sendiri bukannya kelasi-kelasi yang membantu pelayaran mereka.

Penceritaan diatas bukanlah bermaksud untuk menentang penubuhan mereka tapi objektif mereka yang aku rasa tidak selari dengan objektif asal yang sepatutnya dilakukan. Penyakit ini memang sebenarnya belaku di kampung aku dimana belia-belia telah mula bangkit dan persatuan MAYC dan Belia 4b telah bangun dari tidur mereka selama ini..tapi yang menjadi permasalahannya adalah campurtangan dan pandamonik lama yang masih mempengaruhi minda mereka dan ini menjadikan akhirnya mereka dijangkiti penyakit yang sama What to say..tengok je lah