SELAMAT DATANG

Aku seorang yang easy going namun sedikit tegas dalam melaksanakan kegemaran aku, selalunya menulis adalah perkara yang paling aku tak suka. tetapi untuk kali ini aku nak tulis jugak tak kira..kepada yang suka baca.nasib ngkorang la..so selamat membaca

About Me

My Photo
HUZAIMI MAT ZALI
View my complete profile
Monday, February 01, 2010

PostHeaderIcon Lebih baik lagi bersendiri..

Tetra was alone
Entah kenapa aku rasa kecewa yang teramat sangat akan kejadian yang berlaku di Kampung aku baru-baru ini. Tak sangka bukan begitu mudah untuk menyatukan sesebuah masyarakat itu. Selagi mereka masih bersikap meninggi diri, ego dengan diri masing-masing selagi tu mereka takkan berubah, inikan lagi untuk mengubah sesebuah kampung itu. Tak pernah kah mereka berfikir untuk belajar selain mengajar? tunjukkan melalui teladan bukannya sikap menunding jari antara satu sama lain. Pernahkah mereka sendiri bertanya pada diri sendiri..Apakah sumbangan mereka secara peribadi terhadap diri sendiri?.jgn kan pada Kampung..kalau diri sendiri tidak boleh menanam budi. Sebelum menunding jari kepada orang lain pernahkah kita melihat ke atas diri kita ..tentang kekurangan kita.dan kenapa kita di turunkan ujian oleh Allah SWT sebegini rupa?.Macam mana nak naikkan anak bangsa kalau diri sendiri masih keliru mencari titik permulaan untuk mengubah hidup kepada sesuatu yang lebih baik. Untuk apa buat sesuatu yang baik tapi sebenarnya hanya topeng untuk memalukan sesuatu pihak. Aku kurang setuju secara peribadi di atas pertubuhan dua persatuan yang dimana sebenarnya diadakan untuk bersatu tapi dipesong oleh sesetengah pihak bagi tujuan melahirkan laskar-laskar kecil yang boleh menyambung legasi keparat dahulu yang sedia ada. Wahai anak bangsaku lihat la sekeliling kita.dikala bangsa lain sedang giat berusaha untuk menjadi lebih baik kita masih duduk dibawah bertarik rambut antara satu sama lain sambil bising melaungkan impian-impian kosong yang masih tak ada titik permulaan pun. Begitu susah kah untuk duduk antara satu sama lain dimana sama-sama meletakkan kepentingan peribadi ketepi sambil membincangkan sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat bagi kedua-dua belah pihak. Begitu susahkan untuk berbaik-baik dengan sedara sesama islam yang hanya dipisahkan oleh fahaman peribadi yang berbeza. Aku dah cuba menerangkan jalan yang sebenarnya kalian patut ikut tapi korang tidak setuju. Aku bukan pemimpin agung kerana aku tiada kuncu-kuncu untuk dijadikan modal bagi keperkasaan aku.aku cuma ada diri aku yang mana masih tau membedakan yang mana buruk dan yang mana baik bagi mengisi sebuah cerita yang bakal ku kongsi bagi yang ingin belajar. Hidup kita singkat, dalam kita melalui titik-titik sebuah kehidupan pasti kesilapan akan berlaku selagi mana kita dinamakan manusia. tapi tuhan kurniakan akal yang baik dan sempurna untuk kita belajar dari kesilapan yang di lakukan. Aku berdoa agar hati mereka di bukakan. Lupakan persengketaan dulu dan belajar untuk menjadi insan yang lebih cemerlang. Apa yang aku tau, lebih baik aku bersendiri, daripada melayari bahtera bersama nakhoda-nakhoda ego yang tak tau ke mana haluan sebenar pelayaran mereka kerana diakhir pelayaran mereka, aku pasti akhirnya mereka hanya akan selamatkan diri mereka sendiri bukannya kelasi-kelasi yang membantu pelayaran mereka.

Penceritaan diatas bukanlah bermaksud untuk menentang penubuhan mereka tapi objektif mereka yang aku rasa tidak selari dengan objektif asal yang sepatutnya dilakukan. Penyakit ini memang sebenarnya belaku di kampung aku dimana belia-belia telah mula bangkit dan persatuan MAYC dan Belia 4b telah bangun dari tidur mereka selama ini..tapi yang menjadi permasalahannya adalah campurtangan dan pandamonik lama yang masih mempengaruhi minda mereka dan ini menjadikan akhirnya mereka dijangkiti penyakit yang sama What to say..tengok je lah

0 comments: