Aku seorang yang easy going namun sedikit tegas dalam melaksanakan kegemaran aku, selalunya menulis adalah perkara yang paling aku tak suka. tetapi untuk kali ini aku nak tulis jugak tak kira..kepada yang suka baca.nasib ngkorang la..so selamat membaca
Tuesday, September 29, 2009
Trisya Dan irfan

Hari ini aku cuti 3 hari MC sebab SAKIT MATA. palat tul..so terbukti yang aku memang tak pernah kena..tu la tak dengar lagi cakap aku.
Saturday, September 26, 2009
Selamat Pengantin Baru Nasrul ...
Friday, September 25, 2009
Selamat Hari Raya

Alhamdulillah telah berlalunya Ramadhan dan kini tibanya Syawal, terasa amat syahdu bila mengenangkan Syawal ini disambut tanpa Abah tersayang aku.Selalunya aku dapat bersalam-salaman memohon maaf kepadanya tetapi kini aku hanya dapat mendoakan agar rohnya di cucuri rahmat.Sampai bila-bila pun takkan ada orang dapat menggantikan kehadirannya didalam hidup aku kerana hanya dia yang benar-benar faham akan diri aku ini, sekalipun aku banyak melakukan dosa terhadapnya tetapi tak ada secebis pun abah tidak memaafkan aku.Syawal kali ini mungkin berbeza tetapi semangat nye mungkin berlainan. Aku memang tidak menangis, kerana aku kena kuat tapi kali ini air mata aku mengalir juga kerana aku memikirkan masih banyak lagi perkara yang aku tak dapat buat untuknya dan kali ini juga aku nak katakan yang aku memang sayangkan dia sangat.....
Wednesday, September 02, 2009
Budi Pekerti

Aku tau dia orang susah kadang-kadang nak cas dia untuk gambar yang aku ambil pun fikir balik 2 atau 3 kali. "Awak ambik ye gambar saya, nanti dah cuci cakap ye saya mesti bayar" teringat lagi kata-kata dia pada minggu lepas tapi dalam minggu lepas jugak sekolah aku ini di masuki pencuri dan kebetulan lagi Pakcik Guard ini yang jaga. Aku dengar gaji dia kena potong bulan-bulan bagi menggantikan kerugian sekolah.ishh. lagi la aku sedih. camne ni?..bila dikenangkan balik Pakcik Guard ini memang rajin sangat dan dia pun memang baik orangnya. Pakcik Guard ini orang cina dah kahwin dengan orang melayu so means kira-kiranya dia ini saudara baru kita lah.Aku tengok rutin dia hari-hari sampai kadang-kadang aku pun confius dengan rooster (betul ke ejaan aku ni rasanya ini ayam jantan) Pakcik Guard ni sebab kerajinan dia sampai ramai orang ambil kesempatan terhadapnya.mana taknya asyik tengok dia je yang jaga mana pergi orang lain?.Ntahlah. Semoga tuhan murahkan rezeki pakcik ni. pasal gambar dia yang kat tangan aku ni..hmmm..shhhh!! nanti kalau cakap hilanglak pahala extra Ramadhan aku ni..ha.ha .
Pusingan Nasib

" Biasa lah.. semua orang pernah melakukan kesilapan" ayat-ayat itu lah yang biasa orang gunakan terhadap aku dan.hehe aku pun guna untuk orang lain. sama je.Tapi kenapa yer? selalunya kita gunakan ayat ini bila kita nak menyedapkan hati kita dan hati orang yang telah kita lakukan kesilapan itu dengan berharap yang kesilapan itu bukan lah besar sangat. betul tak?.
Macam orang melayu seperti aku ni, kita sentiasa nak kelihatan sempurna tapi tanpa melakukan apa-apa usaha.sebab kalau kita berusaha untuk nampak sempurna pasti dalam setiap titian langkah kita tu ada tersenggut-senggut dan pelbagai perkara yang tak diingini berlaku dan ini membuatkan kita tak nampak sempurna atau "perfect" (kita nak mengaku ker?..confirm tak .sebab kita orang melayu) . Kadangkala kita kena ingat definasi sempurna bagi tiap-tiap orang pasti berbeza. ada orang kata kalau kita ada banyak duit maknanya kehidupan kita dah sempurna, ada orang jugak yang kata kalau kita dah beli rumah, dah ada anak bini dah ada kereta maknanya life kita dah sempurna.Ntahlah tapi bagi aku selama kita hidup ini kita takkan pernah sempurna.sebab tujuan kehidupan kita sebenarnya adalah untuk mencari kesempurnaan dan aku pasti kita memang akan melakukan kesilapan sebab kita memang takkan lari dari melakukan kesilapan. kalau sekali takper kalau dua kali itu kita dah panggil ia "bodoh". Yang penting kita bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan berhenti untuk mencari kesempurnaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)