SELAMAT DATANG

Aku seorang yang easy going namun sedikit tegas dalam melaksanakan kegemaran aku, selalunya menulis adalah perkara yang paling aku tak suka. tetapi untuk kali ini aku nak tulis jugak tak kira..kepada yang suka baca.nasib ngkorang la..so selamat membaca

About Me

My Photo
HUZAIMI MAT ZALI
View my complete profile
Tuesday, September 29, 2009

PostHeaderIcon Trisya Dan irfan

Penat tul!bukan penat apa..melayan karenah anak buah aku 2 orang ni. macam peel diorang boleh buat..terutamanya Trisya..comel tul!.Hari tu Irfan sakit mata, puas aku gelakkan dia..lepas tu aku cakap ngan adik aku.yang aku tak pernah kena sakit mata. Puas la adik aku meyakinkan aku yang aku pernah kena masa kecik dulu, dekat setengah jam aku berbahas ngan adik aku tu, aku tetap ngan hujah aku yang aku memang tak pernah kena.

Hari ini aku cuti 3 hari MC sebab SAKIT MATA. palat tul..so terbukti yang aku memang tak pernah kena..tu la tak dengar lagi cakap aku.
Saturday, September 26, 2009

PostHeaderIcon Selamat Pengantin Baru Nasrul ...


Congratz Bro! sorry la lambat posting gambar kawin ko..bila nak posting..tetiba..rasa macam segan lak..aku ni budak junior baru nak pegang camera..ha.ha .tahniah Nasrul. macam tak sangka lak..Aku doakan semoga perkahwinan ini berkekalan sepanjang hayat.k

PostHeaderIcon Selamat Menyambut Syawal 2009

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin daripada saya dan keluarga.
Friday, September 25, 2009

PostHeaderIcon Selamat Hari Raya


Alhamdulillah telah berlalunya Ramadhan dan kini tibanya Syawal, terasa amat syahdu bila mengenangkan Syawal ini disambut tanpa Abah tersayang aku.Selalunya aku dapat bersalam-salaman memohon maaf kepadanya tetapi kini aku hanya dapat mendoakan agar rohnya di cucuri rahmat.Sampai bila-bila pun takkan ada orang dapat menggantikan kehadirannya didalam hidup aku kerana hanya dia yang benar-benar faham akan diri aku ini, sekalipun aku banyak melakukan dosa terhadapnya tetapi tak ada secebis pun abah tidak memaafkan aku.Syawal kali ini mungkin berbeza tetapi semangat nye mungkin berlainan. Aku memang tidak menangis, kerana aku kena kuat tapi kali ini air mata aku mengalir juga kerana aku memikirkan masih banyak lagi perkara yang aku tak dapat buat untuknya dan kali ini juga aku nak katakan yang aku memang sayangkan dia sangat.....