SELAMAT DATANG

Aku seorang yang easy going namun sedikit tegas dalam melaksanakan kegemaran aku, selalunya menulis adalah perkara yang paling aku tak suka. tetapi untuk kali ini aku nak tulis jugak tak kira..kepada yang suka baca.nasib ngkorang la..so selamat membaca

About Me

My Photo
HUZAIMI MAT ZALI
View my complete profile
Showing posts with label Subject. Show all posts
Showing posts with label Subject. Show all posts
Tuesday, September 07, 2010

PostHeaderIcon Pak Beca

Becak

PostHeaderIcon I Love Melaka

I Love Melaka

PostHeaderIcon Statue Of Undecided

Statue Of No Hand
Monday, February 01, 2010

PostHeaderIcon Lebih baik lagi bersendiri..

Tetra was alone
Entah kenapa aku rasa kecewa yang teramat sangat akan kejadian yang berlaku di Kampung aku baru-baru ini. Tak sangka bukan begitu mudah untuk menyatukan sesebuah masyarakat itu. Selagi mereka masih bersikap meninggi diri, ego dengan diri masing-masing selagi tu mereka takkan berubah, inikan lagi untuk mengubah sesebuah kampung itu. Tak pernah kah mereka berfikir untuk belajar selain mengajar? tunjukkan melalui teladan bukannya sikap menunding jari antara satu sama lain. Pernahkah mereka sendiri bertanya pada diri sendiri..Apakah sumbangan mereka secara peribadi terhadap diri sendiri?.jgn kan pada Kampung..kalau diri sendiri tidak boleh menanam budi. Sebelum menunding jari kepada orang lain pernahkah kita melihat ke atas diri kita ..tentang kekurangan kita.dan kenapa kita di turunkan ujian oleh Allah SWT sebegini rupa?.Macam mana nak naikkan anak bangsa kalau diri sendiri masih keliru mencari titik permulaan untuk mengubah hidup kepada sesuatu yang lebih baik. Untuk apa buat sesuatu yang baik tapi sebenarnya hanya topeng untuk memalukan sesuatu pihak. Aku kurang setuju secara peribadi di atas pertubuhan dua persatuan yang dimana sebenarnya diadakan untuk bersatu tapi dipesong oleh sesetengah pihak bagi tujuan melahirkan laskar-laskar kecil yang boleh menyambung legasi keparat dahulu yang sedia ada. Wahai anak bangsaku lihat la sekeliling kita.dikala bangsa lain sedang giat berusaha untuk menjadi lebih baik kita masih duduk dibawah bertarik rambut antara satu sama lain sambil bising melaungkan impian-impian kosong yang masih tak ada titik permulaan pun. Begitu susah kah untuk duduk antara satu sama lain dimana sama-sama meletakkan kepentingan peribadi ketepi sambil membincangkan sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat bagi kedua-dua belah pihak. Begitu susahkan untuk berbaik-baik dengan sedara sesama islam yang hanya dipisahkan oleh fahaman peribadi yang berbeza. Aku dah cuba menerangkan jalan yang sebenarnya kalian patut ikut tapi korang tidak setuju. Aku bukan pemimpin agung kerana aku tiada kuncu-kuncu untuk dijadikan modal bagi keperkasaan aku.aku cuma ada diri aku yang mana masih tau membedakan yang mana buruk dan yang mana baik bagi mengisi sebuah cerita yang bakal ku kongsi bagi yang ingin belajar. Hidup kita singkat, dalam kita melalui titik-titik sebuah kehidupan pasti kesilapan akan berlaku selagi mana kita dinamakan manusia. tapi tuhan kurniakan akal yang baik dan sempurna untuk kita belajar dari kesilapan yang di lakukan. Aku berdoa agar hati mereka di bukakan. Lupakan persengketaan dulu dan belajar untuk menjadi insan yang lebih cemerlang. Apa yang aku tau, lebih baik aku bersendiri, daripada melayari bahtera bersama nakhoda-nakhoda ego yang tak tau ke mana haluan sebenar pelayaran mereka kerana diakhir pelayaran mereka, aku pasti akhirnya mereka hanya akan selamatkan diri mereka sendiri bukannya kelasi-kelasi yang membantu pelayaran mereka.

Penceritaan diatas bukanlah bermaksud untuk menentang penubuhan mereka tapi objektif mereka yang aku rasa tidak selari dengan objektif asal yang sepatutnya dilakukan. Penyakit ini memang sebenarnya belaku di kampung aku dimana belia-belia telah mula bangkit dan persatuan MAYC dan Belia 4b telah bangun dari tidur mereka selama ini..tapi yang menjadi permasalahannya adalah campurtangan dan pandamonik lama yang masih mempengaruhi minda mereka dan ini menjadikan akhirnya mereka dijangkiti penyakit yang sama What to say..tengok je lah

Wednesday, November 11, 2009

PostHeaderIcon Beca

Beca Roda 3
Wednesday, October 28, 2009

PostHeaderIcon Hanging By A Moment

Hanging For a While.

Alangkah indah menjadi seperti burung, bebas terbang ke sana sini tak perlu pening-pening fikir tentang duit minyak, tol, maintenance kereta dan macam macam lagi yang memeningkan kepala aku di ketika ini. Nak tunggu gaji, lama lagi ni. ish.rasa macam nak buat part time je tapi kat mana yer? kalau dulu kat KL boleh jugak kalau nak mencelah-celah kerja mana-mana.tapi ini aku dah duduk kat Kampung ..so memang berharap kepada freelance je la..tu pun pening jugak..banyak dah terkena nak charge ikut harga semasa diorang kata mahal..dah bagi murah ..diorang nak lagi murah..senang cerita kalau nak ambik tak nak ambik sudah..kebetulan aku dengar bunyi tembakan tak jauh dari rumah aku..confirm orang majlis daerah aku tengah operasi menembak gagak..ermmm..payah jugak jadi burung.he.he
Wednesday, October 21, 2009

PostHeaderIcon Under The Shelter

Under The Tree

Penat balik dari Penang tempoh hari masih lagi belum surut, giler letih beb!, assistent yang konon-kononnya jadi co pilot semuanya dah pengsan dulu.yang beshnya semua dah pengsan start keluar dari Simpang Empat, Tampin. cheh!..so terpaksalah aku kemudi sorang sorang.Aku sampai tepat jam 1.30 pagi.ngantuknya hanya tuhan je yang tahu. apa apa hal pun aku kena prepare untuk pagi nanti..confirm ramai yang suruh aku jadi pemandu pelancong.yelah mentang mentang la aku belajar kat Penang dulu. drive lagi..ish ish ish...
Tuesday, October 06, 2009

PostHeaderIcon Share Tradition




Kagum tapi bodoh, itulah gambaran aku pada protester-protester di Indonesia yang terlalu taksub sangat dengan isu tarian Pendet yang kononnya telah dicuri oleh Malaysia. Tapi dalam kebodohan itu aku kagum dengan mereka kerana mereka sanggup mempertahankan seni tradisi mereka dari di gunakan oleh orang lain (orang lain? bukankah kita satu rumpun?). Samada isu ini hanya digunakan untuk melempiaskan marah mereka pada orang Malaysia ataupun sememangnya mereka memang jenis yang protective terhadap seni budaya mereka, itu terpulang..tapi agak menyedihkan kerana semata isu-isu ini mereka sanggup merosakkan rumpun yang telah terbina sejak sekian lama.
Baru-baru ini aku telah diajak oleh Eamy untuk menjadi sesionis gitaris bagi kumpulan Caklempong di Gemencheh. macam tak caya je..tapi yang paling aku berminat sekali sebab kali ini Caklempong diorang telah digabungkan dengan elemen-elemen moden.macam mana tu? tunggu..ha.ha
Friday, September 25, 2009

PostHeaderIcon Selamat Hari Raya


Alhamdulillah telah berlalunya Ramadhan dan kini tibanya Syawal, terasa amat syahdu bila mengenangkan Syawal ini disambut tanpa Abah tersayang aku.Selalunya aku dapat bersalam-salaman memohon maaf kepadanya tetapi kini aku hanya dapat mendoakan agar rohnya di cucuri rahmat.Sampai bila-bila pun takkan ada orang dapat menggantikan kehadirannya didalam hidup aku kerana hanya dia yang benar-benar faham akan diri aku ini, sekalipun aku banyak melakukan dosa terhadapnya tetapi tak ada secebis pun abah tidak memaafkan aku.Syawal kali ini mungkin berbeza tetapi semangat nye mungkin berlainan. Aku memang tidak menangis, kerana aku kena kuat tapi kali ini air mata aku mengalir juga kerana aku memikirkan masih banyak lagi perkara yang aku tak dapat buat untuknya dan kali ini juga aku nak katakan yang aku memang sayangkan dia sangat.....
Wednesday, September 02, 2009

PostHeaderIcon Pusingan Nasib

Perfect Carrousal

" Biasa lah.. semua orang pernah melakukan kesilapan" ayat-ayat itu lah yang biasa orang gunakan terhadap aku dan.hehe aku pun guna untuk orang lain. sama je.Tapi kenapa yer? selalunya kita gunakan ayat ini bila kita nak menyedapkan hati kita dan hati orang yang telah kita lakukan kesilapan itu dengan berharap yang kesilapan itu bukan lah besar sangat. betul tak?.
Macam orang melayu seperti aku ni, kita sentiasa nak kelihatan sempurna tapi tanpa melakukan apa-apa usaha.sebab kalau kita berusaha untuk nampak sempurna pasti dalam setiap titian langkah kita tu ada tersenggut-senggut dan pelbagai perkara yang tak diingini berlaku dan ini membuatkan kita tak nampak sempurna atau "perfect"
(kita nak mengaku ker?..confirm tak .sebab kita orang melayu) . Kadangkala kita kena ingat definasi sempurna bagi tiap-tiap orang pasti berbeza. ada orang kata kalau kita ada banyak duit maknanya kehidupan kita dah sempurna, ada orang jugak yang kata kalau kita dah beli rumah, dah ada anak bini dah ada kereta maknanya life kita dah sempurna.Ntahlah tapi bagi aku selama kita hidup ini kita takkan pernah sempurna.sebab tujuan kehidupan kita sebenarnya adalah untuk mencari kesempurnaan dan aku pasti kita memang akan melakukan kesilapan sebab kita memang takkan lari dari melakukan kesilapan. kalau sekali takper kalau dua kali itu kita dah panggil ia "bodoh". Yang penting kita bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan berhenti untuk mencari kesempurnaan.
Thursday, August 27, 2009

PostHeaderIcon Kepit Tersepit

Kepit

Pening kepala aku hari ni, bukan pening apa .pening tak tau nak buat apa..he.he dah menghampiri nilai ph malas dah ni. nak tidur tak besh ..nak makan tak boleh.so apa aku nak buat ari ni?.
Hmm pagi tadi aku gi jamban, seperti kebiasaan aku suka baca paper dalam jamban sebab feel dia tu buatkan proses pengaliran dan saluran itu berjalan lancar (tak perlulah aku mendetailkan nya).Entah macam mana aku terambil akhbar suara keadilan.aku sendiri pun tak teringat aku terambil kat mana.so aku pun baca dan selak satu persatu, dari awal muka surat pertama sehingga muka surat terakhir tak ada satu pun yang ceritakan tentang berapa kematian H1N1 di negara kita, pencapaian sukan dalam negara, peluang-peluang pekerjaan, segmen pendidikan dan apa-apa yang seangkatan dengannya. Apa yang aku baca semuanya dalam tu tentang kutuk orang tu kutuk orang ni, anti orang tu anti orang ini dan pelbagai-bagai segmen yang sebenarnya memang sifat orang melayu kita, terutamanya bila terlibat dalam politik dan apa yang aku lihat sekarang ni sampai yang berkopiah pun sama. Ish apa ni?. kadang kadang terpikir jugak dengan keadaan kita sekarang ni , apa yang kita perjuangkan sebenarnya?.untuk jadi yang terbaik memang bagus tetapi adakah kita melalui landasan yang betul dan pastikah kita yang tiada sesiapa pun yang tercedera di dalam perjalanan merentas perjuangan kita itu..pening kepala aku..tapi yang penting aku dah selesai melabur..he.he lega perut aku.

Sunday, August 16, 2009

PostHeaderIcon Beca Merdeka

becamerdeka

PostHeaderIcon Tersadai!!

Sampan
Wednesday, July 29, 2009

PostHeaderIcon Posisi 96

pagar
Agak-agak apa la yang aku maksudkan ngan no 96 ni?.Confirm dah!.tu la otak kita ni memang cepat je tangkap subjek-subjek kotor seperti tu.(kalau la betul apa yang aku fikirkan apa yang korang fikirkan) cubala kita set kan fikiran kita ni kepada perkara yang positif sikit contohnya. hmm...contohnya apa yer..ish apasal aku tak leh fikirkan benda lain ni..haa contohnya seperti 69 ker ye la kan kalau terbalikkan 96 tu dah tentulah jadi 69 tul tak?.69 yer hmm posisi 69.i'm sorry.

PostHeaderIcon Lampu Itu Dah Rosak.

Lampoon

Lampu itu dah rosak.. kenapa dibiarkan lama sangat?.Kenapa tak betulkan?.Pesanan tu sampai sekarang pun masih terngiang-ngiang di dalam kepala otak aku yang blur ni.Bagi aku benda tu bukan la penting sangat, kan ada lampu-lampu yang seangkatan dengannya yang masih boleh digunakan.jadi kalau rosak satu takde la meninggalkan kesan sangat.Tapi bila akal yang agak warasku berfikir kalau la aku implementasikan perkara ini dalam kehidupan seharian aku pasti ia akan jadi penyakit yang lebih teruk dari H1N1 .Sikap meremeh dan menunda-nunda suatu perkara itu bukan la satu sikap yang baik betul tak?.Ada sesetengah orang berpendapat, benda yang kita lakukan hari ini.akan mencerminkan diri kita di masa depan. Jadi dari bulan lepas mak aku pesan, baru hari ni aku nak pasang.kalau sempat hehe.ishh. insyaallah.
Tuesday, July 28, 2009

PostHeaderIcon Cross Processing

crossprocesscrossprocess2

PostHeaderIcon Train Us

keretapi for web

PostHeaderIcon Potrait Lensa

redcanon
Credit To: Baja Aksha

PostHeaderIcon Grow

lonelysweet
Credit To: Siti Farah Mohammad (Wife yang agak Comey)