SELAMAT DATANG
Aku seorang yang easy going namun sedikit tegas dalam melaksanakan kegemaran aku, selalunya menulis adalah perkara yang paling aku tak suka. tetapi untuk kali ini aku nak tulis jugak tak kira..kepada yang suka baca.nasib ngkorang la..so selamat membaca
About Me
Showing posts with label Potrait. Show all posts
Showing posts with label Potrait. Show all posts
Tuesday, December 15, 2009
Cause Friday I'm in Love
Hari ni aku cuti..ha.ha besh giler .so plan ngan Daus gi jenjalan Seremban yang agak membosankan (serius memang bosan). Bayangkan aku nak kena buang masa dari pagi sampai petang.kalau dengan aweks takper ni ngan spesis kromosom sama jenis ngan aku jugak.anyway thnx jugak kepada Daus kerana dapat jugak dia menjadi penghibur aku di kala kebosanan time time macam ni..dah la jadi penghibur aku..kena belanja aku makan lagi..he.he mewah siot..tau gi makan Prosperity burger kat McDonalds..tapi apakan daya hati aku tak sampai ke situ lagi..ha.ha so sebagai membalas jasa ko Daus.aku post la gambar kau kat blog aku ni..kiranya macam ala ala model gitu..amacam? cara tak?...cara beb!
Thursday, December 03, 2009
When i look into her eyes...
Tetra nama dia, ntah kenapa tetiba aku rasa nak sangat bela kucing dan sekarang memang aku dah bela pun. Complete set aku beli accesories dia. Sebenarnya aku adopt 2 ekor yang satu lagi snowy tapi aku tak ambik gambar dia sebab kena sakit mata, bukan apa takut nanti menjatuhkan air muka dia..he.he. Kalau perasaan mata tetra ni ada 2 warna satu biru satu hijau, memang pelik dan tu la salah satunya sbb kenapa aku nak sangat bela dia ni..
Sunday, October 04, 2009
Batrisya Buat Hal Lagi!!
Saje je kasi gempak..mesti bosan kan asyik gambar anak buah aku je.biasalah model tak berbayar..kat mana lagi tak dapat.kalau dari anak buah aku dan isteri aku..haha..kalau korang bosan hehe aku pun bosan gak.tapi bila aku check check balik.rupanya banyak gambar si budak ni yang aku suka sangat.mana tak nya muka dia penuh dengan helah.tu yang aku geram ini adalah salah satu foto faveret aku .bila aku tengok gambar dia .tergelak aku sorang sorang..lepas tension aku..hmm.. lepas ni aku nak posting group yang aku main caklempong tu..hehe
Tuesday, September 29, 2009
Trisya Dan irfan
Penat tul!bukan penat apa..melayan karenah anak buah aku 2 orang ni. macam peel diorang boleh buat..terutamanya Trisya..comel tul!.Hari tu Irfan sakit mata, puas aku gelakkan dia..lepas tu aku cakap ngan adik aku.yang aku tak pernah kena sakit mata. Puas la adik aku meyakinkan aku yang aku pernah kena masa kecik dulu, dekat setengah jam aku berbahas ngan adik aku tu, aku tetap ngan hujah aku yang aku memang tak pernah kena.Hari ini aku cuti 3 hari MC sebab SAKIT MATA. palat tul..so terbukti yang aku memang tak pernah kena..tu la tak dengar lagi cakap aku.
Wednesday, September 02, 2009
Budi Pekerti
Aku tau dia orang susah kadang-kadang nak cas dia untuk gambar yang aku ambil pun fikir balik 2 atau 3 kali. "Awak ambik ye gambar saya, nanti dah cuci cakap ye saya mesti bayar" teringat lagi kata-kata dia pada minggu lepas tapi dalam minggu lepas jugak sekolah aku ini di masuki pencuri dan kebetulan lagi Pakcik Guard ini yang jaga. Aku dengar gaji dia kena potong bulan-bulan bagi menggantikan kerugian sekolah.ishh. lagi la aku sedih. camne ni?..bila dikenangkan balik Pakcik Guard ini memang rajin sangat dan dia pun memang baik orangnya. Pakcik Guard ini orang cina dah kahwin dengan orang melayu so means kira-kiranya dia ini saudara baru kita lah.Aku tengok rutin dia hari-hari sampai kadang-kadang aku pun confius dengan rooster (betul ke ejaan aku ni rasanya ini ayam jantan) Pakcik Guard ni sebab kerajinan dia sampai ramai orang ambil kesempatan terhadapnya.mana taknya asyik tengok dia je yang jaga mana pergi orang lain?.Ntahlah. Semoga tuhan murahkan rezeki pakcik ni. pasal gambar dia yang kat tangan aku ni..hmmm..shhhh!! nanti kalau cakap hilanglak pahala extra Ramadhan aku ni..ha.ha .
Thursday, August 27, 2009
Kita The Movies
"Mie ko sokong apa?" kawan aku tanyakan soalan tu kat aku. "Sokong Arsenal kot.." pantas je aku menjawab soalan tu..tanpa sebenarnya aku sedar aku memang tak suka permainan bolasepak dan aku tak mengikuti pun liga-liga yang diorang sering war war kan.
"Cheh! aku tanya ko ..ko sokong parti mana utk menang kat Permatang Pasir tu, bukan bola la ngok!. lenkali dengar soalan aku tu sampai abis". Ish. soalan politik. rupanya..eh bila lak masa aku suka citer pasal politik ni?.aku mendaftar pun tak lagi..shhhhhh!!.
"Cheh! aku tanya ko ..ko sokong parti mana utk menang kat Permatang Pasir tu, bukan bola la ngok!. lenkali dengar soalan aku tu sampai abis". Ish. soalan politik. rupanya..eh bila lak masa aku suka citer pasal politik ni?.aku mendaftar pun tak lagi..shhhhhh!!.
Subscribe to:
Posts (Atom)
